Ahad, 18 November 2012



BAHASA MELAYU

TAHUN 6








Ciri-ciri Karangan Cemerlang

1. Bagaimanakah hendak memulakan karangan?
Setiap karangan mesti dimulakan dengan pendahuluan. Pendahuluan tidak perlu terlalu panjang.

2. Bagaimanakah dengan isi karangan?
Isi sangat penting dalam karangan. Sebuah karangan yang baik perlu ada sekurang-kurangnya empat isi.

3. Bagaimanakah hendak mendapatkan markah yang tinggi?
Sebaik-baiknya karangan itu perlulah dikarang dalam bentuk yang lebih kreatif.

4.Kreatif yang bagaimana?
Perlulah membuatkan karangan itu lebih menarik dengan adanya simpulan bahasa, perumpamaan dan pantun.

5. Bagaimanakah dengan ejaan?
Untuk mengelakkan daripada melalukan kesalahan ejaan, sebaik-baiknya jangan gunakan perkataan yang kamu sendiri tidak pasti ejaannya. Gantikan dengan perkataan lain ataupun tukar kepada ayat.

6. Jika selalu tidak dapat menutup karangan dengan baik. Apa yang harus dilakukan?
Karangan yang baik harus ditutup dengan kesimpulan. Kalau dalam bentuk cerita, tulis pengajaran daripada cerita itu.


MENINGKATKAN TARAF MENULIS KARANGAN
Menulis karangan adalah satu kemahiran. Terdapat lima perkara penting untuk menulis karangan yang baik iaitu :
MEMBACA : Anda mesti meluaskan pembacaan. Membaca adalah asas pengetahuan untuk membina ayat-ayat dan memberi pendapat yang baik. Pengetahuan dalam membina ayat dan memberi pendapat yang baik dapat menolong anda menghasilkan karangan yang baik dan menarik.
KHAYALAN ATAU IMAGINASI : Imaginasi dapat menolong anda menulis karangan yang baik dan menarik. Idea-idea akan datang dengan mudah jika anda mempunyai imaginasi yang baik.

KAMUS : Amalkan menggunakan kamus jika anda kurang faham atau tidak pasti makna sesuatu perkataan. Kamus dapat menolong anda menulis karangan yang baik dengan menggunakan perkataan yang tepat.
ORGANISASI : Selalu merancang atau merangka karangan anda sebelum menulis karangan. Anda harus mengetahui teknik asas menulis jenis-jenis karangan yang berlainan bentuk.
TATABAHASA : Anda mesti menguasai tatabahasa dengan baik. Elakkan daripada menggunakan tatabahasa yang salah. Gunakan ayat-ayat yang tepat dan kata-kata yang betul.





Disediakan oleh : Tan Kwee Choo / KIC BP / Kumpulan B /
                                PPG/BC/03/00734/2012/2/KIC




CARA MENULIS KARANGAN YANG BAIK

MEMILIH SOALAN
1. Pilih soalan bedasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebolehan anda.

2. Untuk soalan wajib, anda harus bersedia menghadapi apa sahaja soalan yang
                                                           diberikan.

3. Jangan bertindak menukar soalan yang anda pilih kepada lain-lain soalan setelah membuat karangan tersebut separuh masa.

MENYUSUN RANGKA KARANGAN

Pendahuluan : 1. Jangan menulis lebih daripada satu perenggan
                        2. Jelaskan tajuk yang dikemukakan. Kaitkan 
                            dengan isu-isu semasa atau pendapat anda

Isi : 1. Huraikan isi satu per satu serta bukti-bukti atau contoh
       2. Huraikan satu isi dalam satu perenggan dengan jelas dan 
           menepati kehendak soalan

Penutup : 1. Buat kesimpulan atau rumusan tentang tajuk karangan 
                    dengan memberikan pandangan atau pendapat anda
                2. Anda juga boleh kemukakan peribahasa atau
                    perumpamaan jika dirasakan perlu untuk
                    memantapkan karangan anda

PEMBINAAN PERENGGAN DALAM KARANGAN

1. Pemerengganan sangat perlu bagi memelihara susunan isi
    karangan
2. Setiap perenggan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya
    satu isi yang lengkap dengan huraian dan contoh
3. Huraian yang dimaksudkan ialah keterangan atau penjelasan
    maklumat tambahan, ulasan san sokongan tentang isi-isi tersebut
4. Struktur perenggan yang baik ialah memulakan perenggan
    dengan menyatakan isi penting, diikuti oleh huraian lanjut serta
    contoh yang dapat memperukuh isi penting tersebut
5. Anda boleh memulakan perenggan dengan memberikan huraian
    serta contoh dan menyimpulkan perenggan itu dengan isi penting
6. Setiap isi dalam setiap perenggan mestilah mempunyai pertalian.
    Gunakan penanda wacana yang sesuai bagi mewujudkan
    kesinambungan isi
7. Penanda wacana penting untuk menjalinkan satu perenggan
    dengan perenggan yang lain untuk menghubungkan satu ayat
    dengan ayat yang lain
8. Panjang setiap perenggan perlu dikawal. Sebaik-baiknya panjang
    pendahuluan dan penutup tidak melebihi panjang isi.

TULISAN

1. Tulisan mestilah jelas dan mudah dibaca oleh pemeriksa
2. Kebersihan kertas karangan yang ditulis mesti dijaga
3. Sebaik-baiknya rancang terlebih dahulu ayat yang hendak anda
    tulis untuk mengelakkan berlakunya banyak kesilapan

MENYEMAK KARANGAN

1. Jika anda mengikut panduan umum perancanganmasa, anda  
    mempunyai lima minit untuk menyemak karangan
2. Pastikan susunan ayat, ejaan dan tanda baca betul
3. Pastikan tulisan anda kemas an mudah dibaca

 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan