Ahad, 18 November 2012



BAHASA MELAYU

TAHUN 6








Ciri-ciri Karangan Cemerlang

1. Bagaimanakah hendak memulakan karangan?
Setiap karangan mesti dimulakan dengan pendahuluan. Pendahuluan tidak perlu terlalu panjang.

2. Bagaimanakah dengan isi karangan?
Isi sangat penting dalam karangan. Sebuah karangan yang baik perlu ada sekurang-kurangnya empat isi.

3. Bagaimanakah hendak mendapatkan markah yang tinggi?
Sebaik-baiknya karangan itu perlulah dikarang dalam bentuk yang lebih kreatif.

4.Kreatif yang bagaimana?
Perlulah membuatkan karangan itu lebih menarik dengan adanya simpulan bahasa, perumpamaan dan pantun.

5. Bagaimanakah dengan ejaan?
Untuk mengelakkan daripada melalukan kesalahan ejaan, sebaik-baiknya jangan gunakan perkataan yang kamu sendiri tidak pasti ejaannya. Gantikan dengan perkataan lain ataupun tukar kepada ayat.

6. Jika selalu tidak dapat menutup karangan dengan baik. Apa yang harus dilakukan?
Karangan yang baik harus ditutup dengan kesimpulan. Kalau dalam bentuk cerita, tulis pengajaran daripada cerita itu.


MENINGKATKAN TARAF MENULIS KARANGAN
Menulis karangan adalah satu kemahiran. Terdapat lima perkara penting untuk menulis karangan yang baik iaitu :
MEMBACA : Anda mesti meluaskan pembacaan. Membaca adalah asas pengetahuan untuk membina ayat-ayat dan memberi pendapat yang baik. Pengetahuan dalam membina ayat dan memberi pendapat yang baik dapat menolong anda menghasilkan karangan yang baik dan menarik.
KHAYALAN ATAU IMAGINASI : Imaginasi dapat menolong anda menulis karangan yang baik dan menarik. Idea-idea akan datang dengan mudah jika anda mempunyai imaginasi yang baik.

KAMUS : Amalkan menggunakan kamus jika anda kurang faham atau tidak pasti makna sesuatu perkataan. Kamus dapat menolong anda menulis karangan yang baik dengan menggunakan perkataan yang tepat.
ORGANISASI : Selalu merancang atau merangka karangan anda sebelum menulis karangan. Anda harus mengetahui teknik asas menulis jenis-jenis karangan yang berlainan bentuk.
TATABAHASA : Anda mesti menguasai tatabahasa dengan baik. Elakkan daripada menggunakan tatabahasa yang salah. Gunakan ayat-ayat yang tepat dan kata-kata yang betul.





Disediakan oleh : Tan Kwee Choo / KIC BP / Kumpulan B /
                                PPG/BC/03/00734/2012/2/KIC